![]() |
| Kredit foto |
Penulis/Editor: Ooi Kee Beng
Penerbit: REFSA
Harga: RM 30.00
Satu sebab aku membeli buku ini adalah kerana subjeknya.
Lim Kit Siang.
Love him or hate him, aku kira masyarakat Malaysia boleh mengakui bahawa nama beliau dan politik negara kita begitu sinonim sekali. Beliau merupakan antara pengasas Democratic Action Party (DAP) dan sekarang merupakan ahli parlimen Ipoh Timur.
Pada aku beliau merupakan seorang watak yang sering disalahfaham dalam konteks politik Malaysia. Itu merupakan antara sebab utama aku membeli buku ini. Aku mahu mengenali lebih lanjut tentang beliau kerana begitu banyak sekali cerita tentang beliau adalah daripada laporan akhbar mainstream (yang kita tahu adalah pro-kerajaan) serta khabar-khabar angin yang disebarkan di kalangan masyarakat Melayu. I want to hear the story from the horse's mouth.
Buku ini memuatkan sesi wawancara yang dijalankan di rumah beliau bersama dengan pengarang, Ooi Kee beng. Diselang-selikan di antara mukasurat wawancara dalam buku ini adalah koleksi ucapan serta artikel-artikel yang ditulis oleh beliau, disamping kenyataan-kenyataan akhbar yang pernah dikeluarkan.
Secara peribadi, aku menganggap bahawa buku ini terlalu nipis! Barangkali kerana kekangan masa, malah difahamkan juga sesi wawancara ini hanya mengambil masa selama satu-dua jam sahaja. Aku mahukan kalau boleh sebuah memoir ataupun autobiografi yang pastinya lebih detail dalam menceritakan kisah hidup beliau dan dapat mengupas lebih lanjut tentang pemikiran, idea, visi dan impian beliau terhadap politik dan Malaysia.
Namun, buku ini sedikit sebanyak berjaya memperkenalkan aku kepada Lim Kit Siang, sejarah hidup beliau dan perjuangan politik beliau.Pembaca akan mendapati bahawa beliau sudah mula menanamkan minat terhadap politik dan juga isu-isu semasa, baik di peringkat tempatan mahupun antarbangsa sejak daripada bangku sekolah lagi. Malah diceritakan dalam satu bab bahawa beliau dan rakan-rakan sekolah pernah memasang impian untuk menubuhkan parti politik masing-masing.
Membaca koleksi ucapan, artikel & kenyataan media yang beliau pernah keluarkan menambahkan rasa hormat aku kepada tokoh ini. Pembaca dapat melihat sendiri banyak prinsip yang beliau utarakan sejak mula berkecimpung dalam arena politik negara sejak 1966 tidak banyak berubah sehingga sekarang. Beliau konsisten dalam memperjuangkan hak rakyat dan konsep Malaysian Malaysia. Selain itu, isu-isu yang beliau utarakan disampaikan dengan bahasa fakta dan rasional, sesuatu yang jarang sekali kedapatan di dalam politik negara ini.
Aku suka membaca ucapan-ucapan beliau sekitar tahun 70'an, iaitu sejurus selepas peristiwa berdarah 13 Mei berlaku. Banyak isu-isu yang beliau utarakan ketika itu, terutamanya berkaitan isu-isu sensitif seperti Raja-raja, kedudukan istimewa Melayu, dan bahasa kebangsaan masih lagi relevan sehingga sekarang, bahkan ada diantaranya merupakan 'time bomb' yang telah pun meledak kini. Selain itu ia juga menonjolkan pandangan beliau terhadap hubungan antara kaum dan apakah maknanya menjadi rakyat Malaysia.
Buku yang wajib dibaca oleh peminat & pemerhati politik Malaysia.

1 komen:
saya pun dah ada buku ni.. tapi versi BAHASA, Hak Untuk Berbeza Pendapat. Lim Kit Siang antara tokoh yang saya hormat dengan pendirian dan prinsipnya.
Post a Comment