Membaca semula entri terakhir ku tulis sebelum ini membuat aku tertawa sendiri seketika. Tertawa kerana tertanya-tanya mampukah aku melakukan perkara yang ku tulis di dalam entri itu. Tertawa kerana sedar bahawa menulis itu lebih mudah daripada mengaplikasikan dalam bentuk tindakan apa yang kita tulis itu.
Sebenarnya, isi entri Lupa Dua Perkara, Ingat Dua Perkara itu aku cilok daripada majalah Solusi. Empat perkara yang dinyatakan itu adalah tips daripada ulama tasawuf tentang bagaimana mahu merasai kemanisan iman. Namun, aku juga mengintepretasikannya sebagai salah satu cara bagaimana untuk hidup bermasyarakat di dalam dunia ini, bagaimana interaksi kita dengan orang lain, bagaimana untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup.
Satu peristiwa yang berlaku dalam hidup aku baru-baru ini bagaimanapun menguji sejauh mana aku mampu mengaplikasikan empat perkara tersebut, lebih-lebih lagi tentang dua perkara yang harus aku lupakan itu. Tampaknya, aku telah gagal. Dalam hati aku ketika ini terlalu banyak perasaan marah dan benci akibat memikirkan kesalahan dan kesilapan orang terhadapku. Umpama belon, jika kamu terus-terusan meniup udara kedalamnya, ianya akan berkembang hingga pasti akhirnya ia tidak akan dapat menampung beban udara itu lagi lantas meletup.

Pada mulanya peristiwa itu berlaku, aku berkali-kali berjanji dengan diriku sendiri untuk tidak marah-marah ataupun membenci. Pada awalnya aku berjaya. Namun lama kelamaan, semakin banyak cerita di 'sebalik tabir' yang muncul, dan aku mula tidak dapat menahan perasaan marah itu Aku pernah membayangkan memaki dan mencerca watak itu, memulangkan semula paku buah keras kepadanya. Pernah juga aku bertanya kepada diri sendiri; 'Kenapa aku perlu maafkan dia? Kenapa aku harus terima saja penjelasan dia dan anggap perkara ini sudah selesai?'
Mungkin apa yang aku perlukan sekarang adalah masa. Masa untuk menenangkan fikiran. Masa untuk merasionalkan keracauan jiwa. Masa untuk mempositifkan apa yang berlaku. Masa untuk mencari sekelumit rasa maaf yang aku tahu ada dalam diri aku ini. Masa untuk membuang rasa ego dan angkuh. Masa untuk benar-benar memahami rahsia di sebalik empat perkara yang dinyatakan ulama-ulama tasawuf itu, dan seterusnya mencari jalan pulang lantas melakukan perkara yang sepatutnya aku lakukan. The right thing to do. The ONLY thing to do.
Forgive and forget.

0 komen:
Post a Comment