Wednesday, March 16, 2011

You Boleh Percaya Ke?


Kejadian krisis nuklear yang sedang berlaku di Jepun sekarang ini telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang anti-nuklear untuk mendesak agar tidak dibina sebarang loji nuklear di Malaysia ini.


Ini mengingatkan aku dengan perbualan bersama Mr.Tang, instructor untuk kursus ISO 14001 (Environmental Management System) yang aku hadiri beberapa bulan lalu. Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar.


Aku bertanya kepada beliau tentang isu protes terhadap incinerator di Broga pada sekitar tahun 2003. Antara lain, aku ingin mendapatkan kepastian bahawa benarkah incinerator itu berbahaya?


Jawapan beliau; tidak.


Menurut beliau, teknologi incinerator itu sudah wujud bertahun-tahun, dan mengalami pelbagai proses evolusi dari segi keselamatan dan kecekapan. Pelbagai negara sudah menggunakannya tanpa ada sebarang kesan negatif. Jadi, sebenarnya tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.


"Kalau macam tu, kenapa mereka membantah?"


Sambil tersenyum, beliau bertanyakan aku satu soalan; "You rasakan, kalau teknologi yang sensitif macam ni dibina di Malaysia, you boleh percaya ke? Di negara lain memang tak ada masalah, tapi di Malaysia? You boleh percaya?"


Mengenangkan tentang kejadian stadium runtuh, bangunan kerajaan bocor, jalan berlubang-lubang, dengan segera aku menggelengkan kepala.


"Tak"


"Tahu pun."  Mr. Tang membalas sambil tersenyum sinis.


Perbualan aku bersama Mr. Tang pada hari itu seringkali bermain-main dalam kotak fikiran aku, lebih-lebih lagi taktala Malaysia mengumumkan cita-cita untuk membina loji nuklear.


Mungkin ada benarnya kata-kata Isham Rais; "Untuk saya sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknoloji. Kalau yang asas ini pun selalu kantoi bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak."

So, boleh percaya ke?

4 komen:

Encik Din said...

untuk memperbaiki tingkap cermin proton itu, berapa ramai pemimpin yang perlu 'dibersihkan' terlebih dahulu.kalau sesebuah negara tu dibina atas dasar rasuah, apa lagi yg perlu diharapkan?best tak falsampah aku ni?

Encik Din said...

bro,kocek pun dah ade blog sekarang ni

kamarul said...

terbaek bro! kalau dah telus barulah boleh nak cerita pasal nuklear. ini perjanjian air pon tak kasi rakyat tengok. camno?

Encik Din said...

rakyat juga yang memilihnya.apo nak dikato?