Aku tidak suka apabila setiap perlakuan, tindakan dan sifat seseorang itu dinisbahkan ke atas bangsanya.
"Tadi aku nyaris nak kena tipu masa kat workshop tu. Kau taulah Cina. Licik. Menipu je kerjanya."
"Hah, inilah orang Melayu. Asyik-asyik dengki. Tak boleh nak tengok orang lain senang. Ada ke patut dia sabotaj jiran dia sendiri?"
Selalunya keadaan ini berlaku apabila perlakuan buruk seseorang itu timbul. Maka bangsa seseorang itulah yang akan dilihat menjadi justifikasi kenapa seseorang itu berkelakuan begitu. Namun, jarang pula aku mendengar seseorang yang berkelakuan baik itu dipuji atas nama bangsanya.
Ini semua menunjukkan manusia mahu mencari sesuatu atau seseorang untuk dipersalahkan diatas nasib malang yang menimpa mereka. Dalam situasi seperti ini, bangsa seseorang itulah target yang paling mudah sekali. Jadi scapegoat bak kata orang putih.
Ada dua perkara yang seseorang itu tidak boleh pilih sewaktu dia dilahirkan di dunia; jantinanya dan bangsanya. Itu adalah urusan Tuhan. Lain-lain, kelakuan baik dan buruk mereka, itu semua adalah atas pilihan mereka sendiri.
2 komen:
bet0l !!!!~
betul betul betul!
Post a Comment