Wednesday, March 23, 2011

Al Kitab


Isu tentang Bible berbahasa Melayu yang meletus baru-baru ini menarik perhatian aku. Sewajarnya ada cara yang lebih baik untuk menangani isu sensitif ini dan bukannya hanya sekadar mengharamkannya sahaja. Ini kerana pada pandangan aku, tindakan pengharaman ini adalah teknik 'quick fix'. Semestinya akan timbul pula isu lain di waktu yang akan datang pula jika ini sahaja tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa. 

Aku membayangkan mungkin satu hari nanti kerajaan akan mengharamkan pula Bible berbahasa Inggeris kerana, yelah, ramai orang Melayu boleh membaca dan bertutur dalam bahasa Inggeris sekarang. Atau mungkin juga mereka akan akan mengharamkan pengajaran bahasa Inggeris untuk menghalang orang Melayu daripada membaca Bible bahasa Inggeris dan melarang rakyat Melayu Malaysia daripada melancong ke Indonesia kerana terdapat Bible versi bahasa Melayu di sana.

2 komen:

Encik Din said...

aku bersetuju supaya ia diMelayukan. supaya senang untuk kita membandingkan dengan tafsiran alQuran. lebih-lebih lagi bagi generasi bangsa kita yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

supaya nanti mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah mereka.

tak gitu?

Kamarul Adli Bachek said...

haha. my point is, kena ada something else yang lebih constructive & inclusive instead of asyik haramkan je. i mean, benda yang haram mesti akan ada org cari jalan lain untuk smuggle dia.