Tuesday, February 8, 2011

Orang Lain Dah Tulis


Kadang-kadang ada perkara yang bermain dalam fikiran aku cukup sukar untuk aku luahkan dalam blog ini. 

Tidak. Perkara tersebut bukanlah masalah berat atau sensitif untuk aku nyatakan secara online, cuma aku sekadar kehilangan kata-kata. Tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya, menyusun bait-bait kata menjadi perkataan dan ayat yang dapat menterjemahkan buah fikiran aku dalam bentuk tulisan. 

Untuk itu, aku bersyukur kerana salah seorang penulis kegemaran aku telah menulis entri terbarunya ini. Dia telah berjaya merungkai isi hati aku dalam bahasa yang lebih baik, bersahaja dan semestinya lapan belas kali ganda lebih kelakar daripada aku. 

Terima kasih encik Vovin! 

4 komen:

Encik Din said...

begitu menyentuh hati..

Kamarul Adli said...

aku memang dah lama terpikir pasal ayat "awak terlalu baik untuk saya tu". sungguh cliche.

Encik Din said...

"awak bukan untuk saya".itu lebih baik.haha

Kamarul Adli said...

"aku sebenarnya memang tak suka kat ko. sori eh".