Monday, January 24, 2011

Bad Habit : The Conclusion



Sejurus selepas mendapatkan kotak rokok itu aku terus menuju ke arah department aku. Jam yang tergantung di dinding menunjukkan jam 6.30 petang. Patutlah Azrul & Khalid tidak kelihatan. Mereka sudah pulang agaknya.

"Eh, itu nampak macam abang Syed."

"Bang, budak berdua tu dah balik ke?" aku bertanya.

"Em, baru je kejap tadi," jawab abang Syed.

"Kalau macam tu saya bagi abang je lah rokok ni ye? Tadi ada budak bagi free. Saya dah berhenti. Abang je lah ambik ye," ujarku sambil menghulurkan kotak rokok kepadanya.

"Boleh jugak," balas abang Syed sambil tersenyum. 

Sukalah tu dapat rokok free. Haha.

+++++++++++


Kini sudah hampir sebulan semenjak aku menulis entri tentang ingin berhenti merokok. Syukur alhamdulillah, aku tidak mengalami 'relapse' sepanjang tempoh sebulan ini. Walaupun kadang-kadang rasa ketagihan itu datang (terutamanya selepas makan), akan tetapi syukur aku dapat menahan diri aku dari mendekati batang kanser itu. 

Harapan aku, semoga tahun ini adalah dapat aku ukirkan sebagai tahun perubahan untuk diri aku, tahun aku berhenti merokok!



nota: 
  • semenjak sudah lama tidak merokok ni, tiba-tiba hidung aku menjadi sensitif. cepat rasa gatal-gatal dan mata aku akan berair kalau terbau asap rokok. huhu.mungkin sudah mula perlahan-lahan berfungsi sebagai anggota tubuh badan yang normal kot?
  • aku harap kerajaan akan menaikkan harga rokok dalam lingkungan RM40 ~ 50 sekotak. hisap rokok tak kool bro.
  • nama-nama yang disebutkan di atas telah diubah untuk menjaga identiti sebenar mereka.

1 komen:

Encik Din said...

hisap rokok letrik la bro.haha