Wednesday, December 22, 2010

Bad Habit : The Sequel


Tadi ada pulak staff pejabat aku boleh offer rokok free sekotak. 

Rokok pun bukan rokok biasa, tapi 'curut mini'. Entah apa benda pun aku tak tahu. Tapi sebab lain daripada rokok biasa, agak teruja jugak la aku. Tambahan pulak packaging dia menarik. Warna emas kehitaman persis warna diraja. Membuat kau rasa berdaulat hanya dengan memandangnya. Bayangkan kalau kandungan tar dan nikotinnnya dibakar kemudian dihisap?

Air tekak aku tiba-tiba kering. Mulut aku dah mula buat aksi-aksi tarik asap rokok dengan penuh gaya.  Jari-jemariku terketar-ketar, tapak tanganku terasa dibasahi peluh. Paru-paru aku mula menjerit-jerit;

"Nikotin!!" Nikotin!!"

Aku tengok ada la dalam sepuluh batang lagi. Peh, menggoda betul. Syaitan-syaitan durjana mula membisikkan kata-kata halus yang indah dalam telinga aku.

"Lupakan aje janji-janji kau dalam blog tu. Bukan ada orang tau pun kalau kau hisap."

"Alaaa, sepam je bai. Tak luak pun paru-paru ko tu"

"Ni kira last la. Lepas ni ko tak hisap lagi. Ni last ok? Konfirm last. Sebatang je beb."

Dan kotak rokok itu pun bertukar tangan. 

Bersambung... (jeng jeng jeng!)

Monday, December 20, 2010

Bad Habit


"Bagi Pall Mall hijau 20."

I can't remember when was the last time I spoke those words. Must have been four, five months ago. One of the bad habits that I've picked up over the years is smoking. It's one of those things of which I regretted doing. I don't smoke as frequent now, and I've stopped completely buying those cancer sticks in packs. Every now and then, (once or twice a month) when I had those smoking urges I only bought them ciggies in sticks. Rokok batang bak kata orang. Sometimes aku pau jugak kawan-kawan lain yang hisap rokok.

My first experience with smoking was when I was in my final year of diploma in Segamat. I remembered the cigarette brand (it was Sempoerna 'hijau') although for the life of me I couldn't remember why I smoked in the first place. Maybe it was because I was curious, seeing most of my friends smoking it seemed like the most fulfilling thing to do, next after taking a shit.


"Kalau hisap Sampoerna hijau ni dia light, so kau takkan ketagih punya"- Words of wisdom from a friend that encourage me to try smoking.

Anyways, after that first experience, funnily enough I was not hooked. It was only after I was dumped by my first girlfriend that I really started smoking. Yes, it was a stupid reason my dear readers. Konon nak hilang tension, mengubat hati yang lara dilukai oleh seorang gadis. What the fuck.

So I started smoking heavily when I was doing my degree at Puncak Perdana. Dengan paru-paru yang masih bersih dan pink, jumlah rokok yang aku hisap dengan mudah mencapai kadar tinggi walaupun hanya baru beberapa bulan aku merokok. I was a certified chain smoker.

The first cigarette brand that I smoked was Sampoerna hijau. I don't know. Probably for nostalgia sake, remembering the first time I tried smoking back in Segamat. Haha. Then I 'progressed' to Dunhill. But the number of cancer sticks that I smoked is the same regardless of the brand. A pack of twenties a day. 


 Bangun pagi hisap rokok.

Lepas mandi sebelum nak ke kelas hisap rokok.

Habis kelas hisap rokok.

Balik rumah sewa hisap rokok.

Lepas makan tengahari hisap rokok.

Lepas minum petang hisap rokok.

Lepas makan malam hisap rokok.

Buat assignment hisap rokok.

Borak-borak dengan roomate hisap rokok.

Sebelum tidur hisap rokok.

And that was my routine during those two years I was there. Ah, those were the days. I even remembered if we have to stay up from night until morning to finish our assignments, I would buy a pack of Dunhill twenties as an emergency ration. And those pack of twenty cancer sticks would be finished during the span of the night. Kalau hujung bulan pulak, time tengah takde duit, korek-korek cari duit syiling nak buat beli rokok batang kat kedai Letchu. Gila addicted betul.

I think it was when I started working, around 2007 that I began to control my smoking. I started slowing down bit by bit. A pack of twenties might last a day and a half, maybe two days, unlike when I was in Puncak Perdana. I even tried quitting quite a few times. I think I've tried quitting six times during these past three years, but often I would relapsed back into smoking. Which brings me to the point of this entry.



I'm tired of smoking.

Eventhough now I've stopped buying cigarettes in packs, and probably only smoke once or twice a month, I'm still tired of smoking. I want to quit. Really quit. Smoking is a bad habit. It's a waste of money, you smell rotten, girls are having a hard time being near you and most of all you'll get a range of diseases like cancer or gangrene. For those of you who are thinking of picking up smoking, I implore you think twice about it. Better yet, think THRICE. Don't make a decision that you're going to regret the rest of your life.

I figured that by writing this entry, and letting the whole world knows about my intention to quit, would probably give me the strength to finished this once and for all. This entry will be something like my pledge. Kalau aku tak berjaya berhenti, aku akan malu kepada diri sendiri dan juga kepada semua insan yang baca entri aku ni. I also promised if I ever relapsed into smoking again, I will write it in this blog, like a Hall of Shame la lebih kurang. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, semoga gua berjaya!
 

Thursday, December 16, 2010

Menuju PAS Baru


Sebagai seorang simpatisan terhadap Pakatan Rakyat dan terhadap PAS terutamanya, buku tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa ini merupakan buku dalam wish list aku. 


Buku kontroversi ini khabarnya telah mendapat tentangan daripada Ulama Pelapis PAS, malah mereka juga akan mengeluarkan satu buku untuk menjawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh Dr. Mujahid dalam buku ini. 

Antara petikan buku ini yang aku rasa menarik: 

Anak bekas Mursyidul Am PAS ini menambah, semasa awal kepimpinan ulama sehingga ke hari ini ungkapan bahawa Perlembagaan Persekutuan dilabel sebagai perlembagaan “Taghut” dan dianggap sebagai sebuah “Perlembagaan Kafir”."Tanggapan ini terbentuk dalam melihat dan membuat perbandingan antara dasar PAS iaitu al-Quran yang ‘diintepretasikan’ sebagai Perlembagaan dengan Perlembagaan Persekutuan yang ada.“Pelabelan secara umum dan tanpa melihat perincian kepada keperluan-keperluan semasa dalam konteks kenegaraan telah menimbulkan satu masalah kepada PAS seolah-olah PAS masih lagi belum mampu meneraju politik negara ini kerana ciri ‘nasionalnya’ yang belum kuat dan meyakinkan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Aku kira wajar juga buku ini dibaca oleh penyokong-penyokong PAS tegar (*cough* idin *cough* eito *cough*) terutamanya dalam keadaan politik sekarang selepas Mac 2008 sebagai gambaran masa depan PAS dalam arena politik negara. 

Ada sesiapa yang sudi nak sponsor buku ni kat aku tak?

Bacaan lanjut:-
Ulama Pelapis ‘tolak’, buku ‘Menuju PAS Baru’ - Mujahid cetus polemik 
Menuju PAS Baru: Nak Ke Tak Nak?
Diskusi Buku Menuju Pas Baru - Dr Mujahid Panas !
" Menuju PAS Baru" : Terjemah Makna Perjuangan PAS

Tuesday, December 14, 2010

Akaun Bank Emosi


Akaun Bank Emosi merupakan satu istilah yang terdapat di dalam buku nukilan Stephen Covey, The 7 Habits of Highly Effective People. Istilah ini merupakan metafora yang menerangkan tentang rasa percaya atau 'trust' yang yang telah dibina di dalam satu-satu perhubungan. Rasa percaya yang dibina ini menimbulkan perasaan selamat apabila kita bersama dengan seseorang.

Akaun Bank Kewangan adalah satu entiti dimana kita melakukan deposit berbentuk wang ringgit yang akhirnya akan terkumpul, dan kemudiannya kita akan mengeluarkan wang tersebut untuk digunakan dalam kehidupan harian taktala memerlukan, seperti untuk membayar bil, hutang dan sebagainya.


 Akaun Bank Emosi juga mempunyai konsep yang hampir sama, namun berbanding dengan melakukan deposit wang ringgit, kita melakukan deposit melalui sikap dan perilaku seperti kesopanan, kebaikan, kejujuran terhadap orang-orang disekeliling kita. Ini semua akhirnya akan terkumpul bukan dalam bentuk harta, akan tetapi rasa percaya dan selamat seperti yang saya terangkan di perenggan pertama tadi. Pengeluaran dilakukan ketika kita memerlukan rasa 'trust' itu diberikan kepada kita daripada orang-orang disekeliling kita.

Setiap daripada kita yang bekerja tentu pernah bertemu dengan sesorang yang kita rasa senang bekerja dengannya. Kita tahu jika diberikan tugas kepada beliau, beliau akan mampu untuk menyiapkannya dengan cemerlang sekali. Sekiranya kita ditugaskan melakukan sesuatu secara berkumpulan dengan beliau, kita akan rasa seronok kerana kita tahu bekerja bersama-sama dengannya pasti akan menjadi satu pengalaman yang menarik dan tidak membosankan apatah lagi menyusahkan. Kita yakin dan percaya dengan kemampuan beliau.


 Nah, inilah ciri-ciri orang yang telah berjaya membuat deposit ke dalam Akaun Bank Emosi hingga rasa percaya, yakin dan selamat kita begitu tinggi terhadapnya. Kita tidak merasa risau memberikan tugas kepadanya, malah kita juga barangkali ternanti-nanti saat ingin bertugas bersama-sama beliau dalam menjalankan projek-projek penting di organisasi kita.

Seperti yang kita sedia maklum, sewaktu kita ingin membuat deposit dalam Akaun Bank Kewangan, bukan hanya satu nilai not sahaja yang kita masukkan. Kadangkala ada not RM10, RM50 atau RM100. Akaun Bank Emosi juga mempunyai jenis-jenis deposit yang berbeza. Apakah jenis-jenis deposit itu?

Bersambung...

Friday, December 10, 2010

Persoalan


Beberapa persoalan yang sedang bermain di kotak fikiranku taktala dalam proses nyahtinja :-

Mahukah kau berkahwin dengan seorang gadis berusia 14 tahun?

Apa itu ketuanan Melayu? Boleh sesiapa jelaskan kepada aku?

Kenapa orang ramai senang meletakkan label kepada orang-orang yang tidak sehaluan pendapat dengan mereka? Kalau kau mempersoalkan tentang polisi kerajaan, kau pengkhianat negara. Kalau kau mengkritik pembangkang, kau trojan horse.

Apahal semua benda nak dikaitkan dengan bangsa sekarang ni?

Bila aku nak insaf?

Kenapa Diana Danielle masih tak nak keluar date dengan aku?



Wednesday, December 8, 2010

Doodle Of The Month


I used to draw a lot as a kid. I loved drawing. Especially drawing cartoons or comic characters. I even had my own comic book that I created and drew myself when I was in primary school! I remember after finishing SPM and when it was turn to fill in those UPU forms, I considered doing Diploma in Graphic Design at UiTM. I really loved arts. I was *this* close to  choose that course and wrote it in my UPU form but alas, my father was dead set against it. So here I am 10 years later. I've always wondered what and where would I be now if I had not relented to my father?

Anyways, after I went to UiTM Segamat  I did not drew as much as I did when I was in school. As a result, my drawing skill deteriorated over the years (not that it was great in the first place anyway). However, until now I still doodle here and there when I'm bored, even when I'm in the office. Haha.

So I figured, since I don't have any ideas to write about, but I still need to fill this blog quota of at least three post per week, why not I just post something that I draw while I was bored here. So here goes:



Yes, I know it looks like shit. I have no talent. Now shaddap.

Monday, December 6, 2010

A Quick Update...Again


Lost my glasses last week. Urgh! That's 300 bucks out of the window. Now I've got to fork out another 300 bucks to get another pair of glasses. Crap. Dah la takde duit ni. I'll probably wait until the end of the month, just to see whether they're going to have end of the year sale or something. I've been walking around without glasses when I should have for the past eight years. What's another couple of weeks without them fuckers, right?

++++++++++

Went for an interview at Cyberjaya a couple of weeks ago. A German company that specializes in solar cell technology. I blew it I think. Oh well, I'm not that interested anyway (ayat penyedap hati). I figure I better stick with the oil and gas industry at the moment. At least in this industry I know where my career growth is going to take me.

++++++++++

My childhood friend Faizal is now engaged to his girlfriend, Ena. Congrats to the cute couple! Aku doakan semoga hingga ke jinjang pelamin. Bila kita punya turn pulak Miss Diana?

++++++++++

Alright folks, that's all what's been happening in my boring life (except for number 3, itu life kawan aku. ahaha) at the moment. Till the next edition of Quick Update; chiow! Oh, and Selamat Tahun Baru!

p/s: to Atikah, Nurin, Haziq, Firman, Fudhail, Fakih, Raif; I love you guys. Miss you!