Thursday, December 16, 2010

Menuju PAS Baru


Sebagai seorang simpatisan terhadap Pakatan Rakyat dan terhadap PAS terutamanya, buku tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa ini merupakan buku dalam wish list aku. 


Buku kontroversi ini khabarnya telah mendapat tentangan daripada Ulama Pelapis PAS, malah mereka juga akan mengeluarkan satu buku untuk menjawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh Dr. Mujahid dalam buku ini. 

Antara petikan buku ini yang aku rasa menarik: 

Anak bekas Mursyidul Am PAS ini menambah, semasa awal kepimpinan ulama sehingga ke hari ini ungkapan bahawa Perlembagaan Persekutuan dilabel sebagai perlembagaan “Taghut” dan dianggap sebagai sebuah “Perlembagaan Kafir”."Tanggapan ini terbentuk dalam melihat dan membuat perbandingan antara dasar PAS iaitu al-Quran yang ‘diintepretasikan’ sebagai Perlembagaan dengan Perlembagaan Persekutuan yang ada.“Pelabelan secara umum dan tanpa melihat perincian kepada keperluan-keperluan semasa dalam konteks kenegaraan telah menimbulkan satu masalah kepada PAS seolah-olah PAS masih lagi belum mampu meneraju politik negara ini kerana ciri ‘nasionalnya’ yang belum kuat dan meyakinkan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Aku kira wajar juga buku ini dibaca oleh penyokong-penyokong PAS tegar (*cough* idin *cough* eito *cough*) terutamanya dalam keadaan politik sekarang selepas Mac 2008 sebagai gambaran masa depan PAS dalam arena politik negara. 

Ada sesiapa yang sudi nak sponsor buku ni kat aku tak?

Bacaan lanjut:-
Ulama Pelapis ‘tolak’, buku ‘Menuju PAS Baru’ - Mujahid cetus polemik 
Menuju PAS Baru: Nak Ke Tak Nak?
Diskusi Buku Menuju Pas Baru - Dr Mujahid Panas !
" Menuju PAS Baru" : Terjemah Makna Perjuangan PAS

4 komen:

Encik Din said...

Dude, i have to admit that you have some guts to tag my name there.hahaha.

This is the kind of book that i have been waiting for so long. Pandangan realistik penyokong PAS terhadap parti mereka.

Frankly, kebanyakan penyokong Pas hanya mengikut kata pemimpin mereka yang Perlembagaan kita adalah sesat dan menyimpang, walaupun mereka tak pernah sepatah haram membaca Perlembagaan!

Walau macam mana pun, aku kena baca buku ni dulu baru boleh komen selanjutnya. So, aku sudi nak sponsor buku ni pada kau. Brp hinggit ni?

kamaruladli said...

alamak bro, lu taknak ke nama lu kat post ni? kalu lu taknak gua edit la. huhu.
aku memang suka buku2 berunsur kritikan berbanding dengan buku yg cerita pasal kejayaan. mungkin aku seorg manusia yg sadis kot. haha.

Encik Din said...

ngeheh, satu pujian sebenarnya ko letak nama aku kat post ni,haha.

kritikanlah yg akan memperbaiki diri kita. cuma kadang-kadang cara org mengkritik dan ego membuatkan kita tak dapat nak terima kritikan tersebut.

same thing goes to Pas.

kamaruladli said...

I have high hopes for PAS. sebab tu aku suka kalau ada orang kritik! aku nak PAS betul2 boleh pimpin Malaysia.
yang aku nampak bak kata penulis, bagaimana mahu menasionalkan PAS. aku rasa masalah yang PAS hadap sama macam apa yang berlaku kepada individu Muslim di Amerika. kat sana, penduduk Amerika mempersoalkan ketaatan penduduk Muslim, samada kepada negara atau kepada agama Islam. same thing untuk PAS. so, bagaimana nak selarikan kedua2nya?