Thursday, November 18, 2010

…Kemudian Jika Kamu Takut Tidak Akan Dapat Berlaku Adil, Maka (Kawinilah) Seorang Saja


Pagi itu seperti biasa aku mendengar Hot FM AM Crew sewaktu dalam perjalanan untuk ke pejabat. Topik yang dibicarakan oleh Fara Fauzana dan AG pagi itu adalah tentang 'buat kerja senyap-senyap'.  

Mungkin untuk 'menghangatkan' (pun intended) lagi topik pagi itu yang agak hambar, Fara Fauzana telah mencabar mereka yang berpoligami secara senyap-senyap untuk menelefon dan tampil menceritakan kisah mereka. 

Dan ditakdirkan seorang hamba Allah ini telah menelefon dan menceritakan kisah beliau yang beristeri tiga, namun ketiga-tiga isterinya langsung tidak mengetahui kegiatan ko-kurikulum sang suami ini. Macam Jamil dalam certia Madu Tiga pun ada jugak aku dengar. 


Entahlah.

Mungkin ada pendengar yang merasakan bahawa lelaki itu hebat kerana mampu menyembunyikan status poligaminya dari ketiga-tiga isterinya. Aku bertaruh zakar dia mesti memanjang secara otomatis sebanyak tiga inci selesai dia membuatkan panggilan telefon ke HOT FM pagi itu. Bangga sungguh.

Namun pada aku lelaki itu hanyalah seorang yang tidak punya rasa tanggungjawab terhadap ahli keluarganya.

Plain and simple.

Nota: Aku nak tulis lebih panjang lagi tapi dah habis waktu lunch hour. Diskas di ruang komen. Have a nice day folks!

6 komen:

eito said...

kawan aku cakap kalau pegi umrah ada satu tempat tu, pokok ke batu ke ntah, ukir nama siapa yang kita nak kawin tu..insyallah ada rezeki..aku cakap kalau aku sampai sana aku nak tulis sekali 4..haha~

p/s: ko bkn tulis entri mase working hour jugak ke, si curik tulang?!

Encik Din said...

Tiba-tiba je crita pasal poligami ni..hehe.

Memang agak sengal jugak sapa yg berbangga berpoligami senyap2 ni.

Dalam hal ni, aku amat setuju dengan penerangan ustaz zaharuddin di link berikut: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=621&Itemid=95

Antara objektif utama poligami ialah keadilan. Jadi kalau nak berterus terang pun payah, di mana keadilan?

Adakah Keadilan hanya ada pada Zaid Ibrahim? Harharhar

kamaruladli said...

eito;
hmm, ko agak2 kalu tulis nama diana danielle jadik ke?

encik din;
haha. aku sebenarnya pissed off dengan org2 camni. bayangkan kalo ada org call radio tu dan kata:

"saya senyap2 tak pegi solat Jumaat"

gerenti ramai orang tak boleh terima kan?

tapi bila bab kawen, relekkk je. kawen pun hukum Allah jugak apa!

Encik Din said...

woi, dulu time aku kursus dulu, budak batch aku panggil diana danielle buat show.

punyala meletup dia menyanyi. dan2 time tula member2 aku tiba2 rajin nak jadi host.

tapi pointnya di sini ialah,buat dosa satu hal, tapi berbangga dengan dosa yang kita buat, itu satu hal yang lain.

sama jugaklah dengan Salleh Gregor Kuih Samosa tu dulu.

dan kalau tak melampau boleh aku katakan jugak samalah juga dengan AC Mizal sekarang ni.harharhar

tapi sebenarnya, kita tak boleh terlampau cepat menjatuhkan hukum.setiap peristiwa tu pasti ada sebab dan hikmahnya.

panjangla pulak komen aku. baik aku update blog aku je.

~cha alif but~

eito said...

diana danielle, nora danish, maya karin, jue aziz...calon2 yg bakal aku tulis..hahahah~

kamaruladli said...

Encik Din,
AC mizal dengan gelang magnet beliau? haha.

Eito,
Tapi serius ni. cube ko tanya member ko tu. kalau tulis nama2 artis itu adakah akan berkesan? haha.