Monday, March 5, 2012

Syukur


Daripada  Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.”


Monday, February 20, 2012

Cintailah Perempuan Yang Membaca



Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku-untuk-dibaca, perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia dua-belas tahun usia.

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menjerit kecil apabila ketemu buku yang dicari. Kau lihat gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu? Itulah dia perempuan yang membaca. Dia tidak akan dapat tahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai kuning.

Dialah perempuan yang membaca sambil menunggu di kedai kopi hujung jalan sana. Kalau kau lihat cawan kopinya, krimer bukan tenusu maseh lagi terapung di atas, dia sudah pun keasyikan. Hilang tenggelam dalam dunia bikinan si penulis. Duduklah di sebelahnya. Dia mungkin akan menjeling, kerana perempuan yang membaca tidak suka diganggu ketika membaca. Tanyalah jika dia suka buku yang dibacanya itu.

Belikan dia secawan kopi lagi.

Katakan pada dia apa yang kau fikir tentang Murakami. Lihat sama ada dia sudah melepasi bab pertama Fellowship. Fahami bahawa jika dia katakan yang dia faham Ulyssesnya si James Joyce, itu hanyalah kerana mahu kelihatan cerdik. Tanyakan kalau-kalau dia suka Alice, atau jika dia mahu menjadi Alice.

Alangkah senang bercinta dengan perempuan yang membaca. Hadiahkan dia buku pada hari jadinya, pada Hari Natal dan pada setiap ulangtahun. Hadiahkan padanya hadiah kata-kata, dalam puisi, dalam lagu. Berikan dia Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Biar dia mengerti bahawa kau memahami yang kata-kata itu adalah cinta. Fahamilah yang dia sememangnya tahu beza antara dunia buku dan realiti, walau dia bersungguh juga mahu bikin hidupnya seakan buku yang paling dia suka. Bukan salah kau kalaupun di mencuba begitu.

Apa cara pun, dia mesti akan perlu mencuba juga.

Berbohonglah padanya. Jika dia memahami sintaks, dia akan faham keperluan kau untuk berbohong. Di balik kata-kata ada perkara-perkara lain: motivasi, nilai, nuansa, dialog. Tidak akan kiamat lagi dunia, kalau kau bohong padanya.

Kecewakan dia dengan kegagalan. Kerana perempuan yang membaca tahu bahawa kegagalan selalunya membawa kepada klimaks jalan cerita. Kerana perempuan yang membaca faham bahawa tidak semua perkara berakhir begitu sahaja. Masih boleh ditulis sekuelnya. Masih boleh mula semula, lagi dan lagi, dan masih boleh jadi hero. Dia faham bahawa dalam hidup, mesti ada satu dua watak jahat.

Kenapa takutkan segala yang bukan kau? Perempuan yang membaca memahami bahawa manusia, sama juga seperti watak dalam buku, berkembang. Kecuali dalam siri Twilight.

Kalau kau ketemu perempuan yang membaca, janganlah dibiar pergi jauh. Bila kau ketemu dia di tengah malam jam dua pagi sedang memeluk buku ke dadanya dan menangis, buatkanlah dia secawan teh dan peluk dia rapat-rapat. Kau mungkin kehilangan dia untuk seketika, tetapi dia tetap akan kembali pada kau. Dia akan berbicara seolah watak di dalam buku itu hidup, kerana untuk satu ketika, watak-watak itu benar-benar hidup.

Kau akan melamarnya di atas belon udara panas. Atau ketika konsert rock. Atau secara bersahaja bila dia jatuh sakit. Atau melalui Skype.

Kau akan tersenyum sampai telinga dan tertanya-tanya kenapa jantung kau masih belum meletup keluar dari rongga dada. Kau akan menulis kisah hidup kau berdua, punya anak-anak dengan nama pelik-pelik dan selera yang bukan-bukan. Dia akan perkenalkan anak kau kepada Cat in the Hat dan Aslan, barangkali pada hari yang sama. Kau akan berjalan di musim salji bersamanya bila sudah berusia nanti, dan dia akan bacakan Keats dengan nada lembut sambil kau ketis salji dari kasut.

Cintailah perempuan yang membaca kerana kau berhak. Kau berhak untuk dapat seorang perempuan yang boleh memberi kau kehidupan penuh warna. Kalau kau hanya sugul, membosankan dan tidak serius, adalah lebih baik kau bersendirian. Kalau kau mahukan dunia, dan dunia-dunia di sebaliknya, cintailah perempuan yang membaca.

Atau lebih baik, cintailah perempuan yang menulis. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sumber:  http://ata-timetochange.blogspot.com/2012/02/cintailah-perempuan-yang-membaca.html

Sunday, February 5, 2012

By The Essence Of All Time




 Time has this funny, plastic quality and everything that goes around comes around. When you get on the bus, you think it won't be taking you far - across town, maybe, no further than that - and all at once, holy shit! You're halfway across the next continent. - Stephen King, Four Past Midnight.

I was looking through some of the pictures in my Facebook profile and it suddenly dawned on me some of these were taken many years ago. At least one picture was already 10 years old!

How fast time flies. My friends are married, some of them are parents now. I've lost some of the friends I made during my university days. A few people from my university class are dead. I've changed job once. Went from living with my brother to staying again at my childhood house. I've been single for a year (close to two years). My blog is now 5 years old (although I haven't posted anything in it for 3 years). On April this year, I will turn 28.




So many things happening these past few years and yet it still feels like that no time has passed at all. I still can't quite grasp the fact that I'm gonna be 28 in a couple of months. Wow. I'm pushing 30! How about that?!

I remember reading one article by an ustaz and he said that sometimes when we feel that time is moving fast that we're not actually aware of it is because we did not fill our time with meaningful activities. We did not work hard enough, we did not pray hard enough, we did not play hard enough. We just let life passes us by while we sit idly, we just go with the flow. 

I hope that this year I can change all that,becoming much more proactive, filling in my time with activities that are in line with my goals and values and working hard to ensure my dream of working in Norway comes true! =D


Thursday, January 26, 2012

The Right To Differ : A Biographical Sketch Of Lim Kit Siang

Kredit foto

Penulis/Editor: Ooi Kee Beng
Penerbit: REFSA
Harga: RM 30.00

Satu sebab aku membeli buku ini adalah kerana subjeknya.

Lim Kit Siang.

Love him or hate him, aku kira masyarakat Malaysia boleh mengakui bahawa nama beliau dan politik negara kita begitu sinonim sekali. Beliau merupakan antara pengasas Democratic Action Party (DAP) dan sekarang merupakan ahli parlimen Ipoh Timur.

Pada aku beliau merupakan seorang watak yang sering disalahfaham dalam konteks politik Malaysia. Itu merupakan antara sebab utama aku membeli buku ini. Aku mahu mengenali lebih lanjut tentang beliau kerana begitu banyak sekali cerita tentang beliau adalah daripada laporan akhbar mainstream (yang kita tahu adalah pro-kerajaan) serta khabar-khabar angin yang disebarkan di kalangan masyarakat Melayu. I want to hear the story from the horse's mouth.

Buku ini memuatkan sesi wawancara yang dijalankan di rumah beliau bersama dengan pengarang, Ooi Kee beng. Diselang-selikan di antara mukasurat wawancara dalam buku ini adalah koleksi ucapan serta artikel-artikel yang ditulis oleh beliau, disamping kenyataan-kenyataan akhbar yang pernah dikeluarkan.

Secara peribadi, aku menganggap bahawa buku ini terlalu nipis! Barangkali kerana kekangan masa, malah difahamkan juga sesi wawancara ini hanya mengambil masa selama satu-dua jam sahaja. Aku mahukan kalau boleh sebuah memoir ataupun autobiografi yang pastinya lebih detail dalam menceritakan kisah hidup beliau dan dapat mengupas lebih lanjut tentang pemikiran, idea, visi dan impian beliau terhadap politik dan Malaysia.

Namun, buku ini sedikit sebanyak berjaya memperkenalkan aku kepada Lim Kit Siang, sejarah hidup beliau dan perjuangan politik beliau.Pembaca akan mendapati bahawa beliau sudah mula menanamkan minat terhadap politik dan juga isu-isu semasa, baik di peringkat tempatan mahupun antarbangsa sejak daripada bangku sekolah lagi. Malah diceritakan dalam satu bab bahawa beliau dan rakan-rakan sekolah pernah memasang impian untuk menubuhkan parti politik masing-masing.

Membaca koleksi ucapan, artikel & kenyataan media yang beliau pernah keluarkan menambahkan rasa hormat aku kepada tokoh ini. Pembaca dapat melihat sendiri banyak prinsip yang beliau utarakan sejak mula berkecimpung dalam arena politik negara sejak 1966 tidak banyak berubah sehingga sekarang. Beliau konsisten dalam memperjuangkan hak rakyat dan konsep Malaysian Malaysia. Selain itu, isu-isu yang beliau utarakan disampaikan dengan bahasa fakta dan rasional, sesuatu yang jarang sekali kedapatan di dalam politik negara ini. 

Aku suka membaca ucapan-ucapan beliau sekitar tahun 70'an, iaitu sejurus selepas peristiwa berdarah 13 Mei  berlaku. Banyak isu-isu yang beliau utarakan ketika itu, terutamanya berkaitan isu-isu sensitif seperti Raja-raja, kedudukan istimewa Melayu, dan bahasa kebangsaan masih lagi relevan sehingga sekarang, bahkan ada diantaranya merupakan 'time bomb' yang telah pun meledak kini. Selain itu ia juga menonjolkan pandangan beliau terhadap hubungan antara kaum dan apakah maknanya menjadi rakyat Malaysia.

Buku yang wajib dibaca oleh peminat & pemerhati politik Malaysia. 

Monday, January 16, 2012

Gua sudah pulang


Gua baru sampai kat rumah parents gua harini. Minggu lepas gua pergi Norway dengan bos gua. Ada kerja perlu diselesaikan. Selain itu kami juga ada pergi meronda-ronda sekitar bandar Oslo. Nanti gua ceritakan kepada lu orang pembaca setia gua yang berjumlah 80 ribu orang. Gua tau lu orang dahagakan tulisan blog gua nih. Tapi bukan dalam post kali ini. Gua tengah penat, ok?

Apa yang penting, kerjasama! gua nak cakap yang negeri Norway itu cool. Gua rasa sudah jatuh cinta sama itu negeri. Makanannya, pemandangannya, suasana tempat kerjanya, dan tak lupa juga aweqs-aweqs Norway yang tinggi-rambut blonde-hidung mancung-mata biru berkaca. 

Gua rasa macam nak mintak posting kat ofis sana pulak. Agak-agak lu orang gua boleh dapat ke?